Wednesday, February 3, 2010

announcement

bapak ah announcement kat kolej ni...
dah ah x sedap suara si pembuat annoucement tu..
kalau sedap mcm kanye west ke xpe gak..
dah la lame..terganggu kalau aku nak tgk movie..adoiyai
anyway aku dengar budak2 kos lain kat kolej ni buat petition supaya budak medik di kick-out dari kolej since kitorg x menyumbang kat kolej ni..ala ape la sgt kalau nak halau..
bukannye menarik pun duduk kolej ni...
kalau tgk negara omputeh tu..
duduk kolej sbb nak party je..
bukan sbb nak study..
hahaha

Monday, January 18, 2010

no title

post hari ni merangkumi benda-benda random yang aku rasa aku nak cakap

1.kenapa orang yang cuci rambut aku tu cakap rm118 for hair treatment tu murah sedangkan aku tgk pricelist for treatment kat seremban baru rm90..aku rasa bagi orang SELANGOR murah la kot..

2.orang cuci rambut tu kata lagi rambut aku panjang for a guy..ehh suka hati aku la..aku malas nak potong..it's none of ur business..kau punya kerja cuci rambut..oh sorry ye miss..

3.kenapa aku nak makan carl's jr mesti masa duit tggl sikit..masa tu mmg kelam kabut lah carik duit sbb nak makan punye pasal..

4.owh hari tu makan makanan baru..nama dia potato skin...sedap gak..ko bayangkan pizza yang hawaiian chicken tu..then ko bayangkan die punye roti yang x sedap dan keras tu digantikan dengan kentang yang bahagian luar je..sedap owh..

5.aku dah beli d3000..yes mira sila jeles..lepas ni boleh la aku ambik gambar lawa-lawa..sayangnye YOUR NOT IN IT..haha..

6.kenapa eh kalau kita suka kat orang tu mesti buat benda yang bodoh dan perasan benda tu bodoh lepas kita buat benda bodoh tu..i guess this is why love is bling..i don't know..macam bertepuk sebelah tangan je kau..

7.mak aku kata kalau nak carik benda hilang tapi x jumpa kena buat solat hajat..renung-renungkan dan selamat beramal...

8.kalau Malaysia takda pelbagai kaum kan kawan-kawan..mungkin aku takda..so takde la orang panggil aku mona fendi..ahaha

9.tak larat ah nak masuk belajar minggu depan..aku rasa mcm susah je...dah la kena jadi class rep..kalau la semua orang terkinja-kinja macam aku nak jadi class rep gerenti takde masalah nak pilih..benci ah emo-emo

10.aku rasa hampir semua kawan aku ada masalah ni:kemalasan nak menyalin lecture note..ok ok random sangat..

11.kenapa la kereta wira aku tu tak nak laju lagi?kalau tak gerenti dapat rasa seremban serdang 20 minit..haha

12.orang kata sem depan sem paling susah...i hoping not..

13.aku rasa nak belajar pasum balik..boleh tidur-tidur dan tak pentingkan lecture..hahaha

14.aku rasa aku ni sedang diganggu oleh gay ah..hari-hari mintak pelok..mengada gila..dah ar duda..adoi..tolong lah tak larat mak nak tanggung kencing berak kau lagi nyah oi..haha aku tak sangka aku cakap mcm tu..

Wednesday, January 13, 2010

hari yang menyeramkan

kalau nak tau kan kawan-kawan..kat malaysia ni ade 1 highway yang sedang dalam pembinaan tapi dah siap setengah jalan...nama highway ni LEKAS highway..mmg lekas lah pergerakan aku kalau nak ke Kl sebab selalunye kalau perjalanan tu mengambil masa hampir sejam sebab pemandu terlalu berhemah tinggi*ehem-ehem* tapi kini 40 minit je untuk lihat KLCC tu..tapi yang malangnye sebabkan dia ni x siap sepenuhnyua lagi so banyak la kenderaan masih menggunakan PLUS tu sampai 1 kereta eksiden pun 10km jem..so memang kosong la jalan kat situ..terjadi pada 26hb november x silap aku masa jalil fly ke mesir..lalu la kat highway tu pukul 12...sebab nak cepat punye pasal..mase tu mmg x fikir la pasal hantu-hantu nih..tapi masa drive tu tibe-tibe aku rasa mcm aku ternampak sesuatu melintas...terus aku brek emergency..

bayangkan betapa kosongnya highway tu sampai brek emergency pun masih tiada kereta yang memintas kereta wira aku..punye la taubat nasuha aku terus mengucap panjang dan terus telefon siapa yang aku last tepon which was masa tu azim hasnan...haha dia boleh gelakkan aku..siot punya kawan..then boleh pulak khuzairi kiko tu hantar mesej pasal hantu-hantu malaun tu..memang aku cuak gila la..titiba aku dapat satu idea pasang radio IKIM kuat-kuat supaya dapat mendistract aku dari gangguan benda yang lintas tu..selamat la aku sampai rumah dengan penuh keceriaan*tak pasal*..

hari ni which is 5 jam sebelum post ni di publish..aku lalu lagi jalan tu..sebabnya aku hantar akmal then paling dekat nak kluar highway kalau lalau lekas tu..aku da bawak hampir separuh jalan dah tiba-tiba aku rasa jalan kat situ sangat gelap..so aku buat la macam aku buat dalam perenggan sebelum ni..tapi yang aku pelik tiba-tiba radio IKIM tu tak dapat pulak,..so cuak gak la aku..da lah lalu hutan mantin tu aku je yang ade...siot la kereta-kereta di seremban ni..tau je aku nak lalu hutan tu..mungkin nak bagi respect kat aku..ape jadahnye aku cakap mcm tu..anyway sepanjang perjalanan yang sangat gelap tu aku rasa cuak je la sbb baru tengok cerita JUON bongok yang aku tak faham tapi tetap menakutkan sampai orang belakang aku kat dalam wayng tercampak popcorn mcm cerita mr bean..

dan ape yang paling aku sedar ialah sebenarnya mungkin tak gelap tapi sebab aku rabun warna mcm URL aku kata...so mmg gelap lah jalan..ok anyway aku dah start cuti tapi tinggal 12 hari je dalam cuti aku..memang tak boleh buat ape..da ah nak merajuk cuti pendek sangat..tak leh buat ape-ape..*emo mcm mira-si-kasut-nurse*

ok ar aku rase samapai ni je la aku nak menulis..harap-harap aku menulis lagi..erm...sape nak teman aku tido...haha..makan kat restoran belanga lagi bila eh?cam ketagih pulak..haha

Monday, January 11, 2010

blablabla

gilakan dalam 1 hari ada 2 post..hahaha bosan ah so aku tulis la lagi..hari ni patutnya pegi main gokat tp sebab mengantok tak jadi la pegi..ok tu je...hahaha dan di sebabkan post before ni x boleh komen*baru perasan dan tak tau kenapa*....so kalau nk komen kat sini la yek...

saya berjaya mengasah bakat baru

semalam aku tido sampai pukul 7.15 p.m..ye lah hari ni aku nak exam(errr da lepas la kiranye) so kire lepas aku tido tu mmg sugar bugar la..ye lah sampai 7 jam aku bantai..cerita melodi kesukaan amira-si-nurse-dentist tu pn aku terlepas.semate-mate nak study untuk peperiksaan ulangan akyang bermula pukul 9 pagi tadi..punye la lame aku duduk dalam tu samapi 12.30..dari paper mcq sampai ar saq..aku rase takde ar susah sangat..bodoh ah aku kalau dah abis baca pun x dapat nak jawab..tapi ade je yang aku x dapat jawab..

mcm ni la..aku tau aku tak berapa nak layak nak bagitau kau yang membaca tapi aku rasa ni menarik..aku nak cerita cara-cara aku study..mesti kau nak tau kan...camne la anisfendy yang hodoh-perasan-comel tu study(mesti takda orang nak ngaku)senang je kalau nak banding orang lain..mesti kena tetapkan masa kalau nak baca note..contohnya kalau kau nak baca note tu pukul 2.18pm so kena la tgk get ready pkul 2.17 dgn tangan di nota dan melihat jam sampai bergerak jam saat ke pukul 12..so mula la study..apa aku nak cakap ni kita kena ah disiplin kalau nak study..paksa je la diri kalau x reti-reti nak disiplin kan diri tu..baru la aku tau kegunaan guru disiplin yang selalu merotan aku masa aku fly form 3 dulu..nak suruh kita belajar jangan tangguh-tangguh kerja..memang tak jadi ah lepas tu...lagi satu semangat dari kawan-kawan juga penting..macam aku ni mmg haram ah kalau nak mintak budak sama kos ngan aku bagi semangat..aku tengok diorg pun macam baru lepas kena kejar dgn anjing je kalau da pulun abis-abis time study tu..so aku meminta la semangat dari budak kos lain..dalam maksuud lain kau faham-faham lah dari siapa yang aku mintak kan..*angkat-angkat kening*..so
♫apa yang penting kerja~sama♫

so anyway menarik tak?kena disiplin diri je..macam aku ni..gembira la dapat jawab soalan tadi..tpi aku x harap kesempurnaan pun mcm dapat 100% tapi asal buat maka apak aku gembira da ah..sian diorg bagi aku kereta..haha


owh owh nak cerwita*haha capikcina* pasal kokorikulum aku yang aku ambik sem nih..aku ambik caklempong..kau yang tak pernah dengar mesti tertanya-tanya kan ape benda alah la caklempong nih..caklempong ni permainan zaman aku kanak-kanak sekolah rendah sampai form 3 dulu ah..alat muzik lah to be exact..seronok owh main benda alah ni..tapi tak berpeloh so kau faham-faham la kenapa aku berisi sekarang..haha owh hari tu ada puji saya nampak kurus*kembang sekejap*..nampak je kurus padahal baju besar mmg nampak kurus ah..ok ok back kepada caklempong..seronok owh main caklempong..tapi ngan orang reti main mmg best lah..dgn orang tak reti main mmg tak best la..kalau x percaya tgk ni..haha muka dia pun macam kena rasuk je aku tengok..haha nama lagu ni(masa kau bukak link tu la) namo eh mudiek arau..owh sungguh rindu nak main..haha ok ah lain kali jumpa lagi..